NEGERI SEMBILAN TAK SEKAT PEMBERIAN LPS – AMINUDDIN

Kerajaan Negeri Sembilan tidak menyekat pemberian lesen pendudukan sementara (LPS) kepada petani, sebaliknya sentiasa memberi galakan bagi merangsang aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan untuk menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri memberi fokus kepada usaha memperkasakan sektor pertanian bagi meningkatkan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negeri. Salah satu usaha itu adalah pelaksanaan pemberian LPS kepada petani. Pihaknya tidak menyekat permohonan LPS, sebaliknya meluluskan kepada mereka yang berminat mengusahakan pertanian secara tanaman kontan.

Galakan diberikan bagi pembangunan tanah berkeluasan sekitar bawah 2.42 hektar bagi aktiviti pertanian lain dan ternakan yang dapat memberi keuntungan kepada petani negeri ini. Pilihan petani ini ada asasnya, mereka memikirkan penanaman yang dapat memberikan keuntungan sebab itu kerajaan negeri bersedia meluluskan LPS ini bagi memastikan industri pertanian dapat dijalankan dengan baik. Permohonan LPS turut diterima daripada pengusaha tanaman buluh namun kerajaan negeri tidak mempunyai kawasan yang luas untuk tujuan itu. Ramai kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini lebih cenderung untuk mengusahakan tanaman durian kerana berpotensi berkembang maju dan hasil yang lebih menguntungkan. Dapat di lihat banyak tanah baharu diusahakan dengan tanaman durian terutama Jelebu, Lenggeng dan beberapa kawasan lain.

Pertumbuhan KDNK 1.8 peratus direkodkan bagi 2023 di negeri ini dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan namun sedikit menguncup 4.9 peratus bagi sektor pertanian. Namun pihaknya masih belum berpuas hati, dan optimis mampu mencapai lebih daripada itu sebab itu kita usahakan bukan sahaja dalam sektor pengeluaran atau perkilangan selain mahu memastikan semua sektor menunjukkan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …