POLIS SIASAT KES LELAKI DAKWA DITUMBUK ORANG BESAR UNDANG LUAK REMBAU

Polis menyiasat kejadian seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau ketika menghadiri sebuah majlis berkaitan Adat, dekat sini, Khamis lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mangsa berusia 64 tahun itu membuat laporan berhubung insiden itu pada jam 6.12 petang, hari yang sama.

Mangsa dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Perintah Menjalankan Siasatan dipohon bagi menjalankan siasatan. Seramai 17 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis. Motif kejadian dipercayai akibat salah faham.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau sebarang spekulasi kerana siasatan lanjut masih diteruskan. Difahamkan, majis berkenaan diadakan sebagai sebahagian proses mencari individu yang layak menjadi Undang Luak Rembau yang baharu susulan kematian penyandangnya Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman pada 15 Mei lalu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut