MALAM PUISI DAN LAGU : TERIMA KASIH WIRA KITA

 

   

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program Malam Puisi dan Lagu -Terima Kasih Wira Kita bertempat di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2020. Program diadakan bertujuan untuk menghargai semua petugas-petugas barisan hadapan yang telah menyumbang bakti sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Di samping itu juga, program ini juga adalah untuk meraikan pembukaan semula Panggung Bandaraya yang melalui kerja-kerja pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman.

Seramai 150 orang jemputan khas hadir ke program tersebut yang mana ianya terdiri daripada patugas barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MKN WPKL), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga termasuk penghantar makanan.

Program tersebut diselang selikan dengan persembahan puisi dan lagu daripada beberapa sasterawan negara seperti Datuk Dr Zurinah Hassan dan SN Profesor Emeritus Muhamad Salleh serta beberapa artis terkemuka seperti Erni Zakri, Syamel, Ayai Ilusi, Kopratasa dan Zehra Zambri.

Turut hadir menyaksikan program tersebut ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Param Jeeth Singh.

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kejuruteraan …
Maklumat Lanjut

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa …
Maklumat Lanjut