PERARAKAN PASUKAN BERKUDA PERKHIDMATAN AWAM

 

Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini telah dijayakan secara simbolik dengan Perarakan Berkuda Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan pada 30 Ogos 2020.

Sambutan berkenaan bersempena dwi sambutan iaitu Hari Kebangsaan 2020 dan Jubli Perak Putrajaya. Perarakan ini melibatkan 88 ekor kuda dan para peserta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perarakan berkenaan di Dataran Putrajaya.

Bilangan 88 ekor kuda dipilih adalah sebagai simbolik bagi gabungan nombor (63+25), ulang tahun kedua-dua sambutan itu.

Antara agensi-agensi perkhidmatan awam yang terlibat adalah Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …