BAHAN KIMIA KILANG TUMPAH, SEORANG PENGSAN, 16 PEDIH MATA DAN PENING

SUNGAI PETANI: Seorang dilaporkan pengsan manakala 16 lagi mangsa mengalami pedih mata dan pening kepala akibat tumpahan bahan kimia (sodium hypochlorite) di sebuah kilang perindustrian di Bakar Arang, di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu di kilang pembuatan sarung tangan getah itu pada jam 3.04 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Yazid Ismail bersama 16 anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di situ, didapati terdapat 17 mangsa dilaporkan terkesan akibat kejadian itu yang mana seorang dilaporkan pengsan dan 16 lagi mengalami pedih mata dan pening kepala.

“Jumlah itu membabitkan 15 wanita dan dua lelaki dipercayai pekerja kilang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini manakala tiga mangsa yang mengalami pedih mata dihantar ke klinik berhampiran oleh pihak kilang.

Katanya, enam lagi mangsa dihantar oleh jentera EMRS Bomba ke hospital selepas mengadu pening kepala dan pedih mata.

“Pasukan Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Kulim Hi- Tech kemudian dimaklumkan berhubung kejadian itu.

“Tumpahan bahan kimia sodium hypochlorite itu dianggarkan berlaku sebanyak 60 liter dan tindakan nyah cemar dilakukan di lokasi menggunakan air,” katanya.

Jurucakap itu berkata, penggunaan kertas litmus digunakan untuk mengesan bacaan asid dan didapati dalam keadaan normal.

Katanya, tujuh lagi mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 5.23 petang bagi pemeriksaan susulan berikutan pedih mata dan pening kepala.

“Operasi terkawal pada jam 4 petang dan kerja-kerja overhaul dilakukan bagi memastikan tiada lagi unsur keberbahayaan di lokasi.

“Operasi tamat pada jam 5.48 petang,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …