RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SIBER DIWARTA PADA SUKU KETIGA 2024

KUALA LUMPUR: Pewartaan tarikh kuat kuasa Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 dijadual dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen, berkata pewartaan tarikh kuat kuasa rang undang-undang itu hanya boleh dibuat selepas proses penggubalan peraturan siap dan draf diluluskan Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan itu, beliau berkata Agensi Keselamatan Siber Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara (NACSA) sudah mengenal pasti dan sedang menyediakan draf empat peraturan.

“Ia merangkumi Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024; Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024; Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Penilaian Risiko dan Audit) 2024; dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024.

“Rang undang-undang itu akan dikuatkuasakan sepenuhnya bagi meyakinkan rakyat bahawa persekitaran siber di negara ini selamat sepenuhnya daripada sebarang bentuk serangan siber,” katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang bertanyakan bila Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 akan dikuatkuasakan sepenuhnya.

Dewan Rakyat pada 27 Mac lalu (Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-15) meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 bagi meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan Dewan Negara pada 3 April.

SUMBER: BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …