GURU LAPOR POLIS VIDEO TULAR PALSU

KOTA KINABALU (27 Jun): Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial.

Beliau mengulas video tular palsu yang mendakwa seorang pelajar telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

“Kami menggesa orang ramai supaya mengelak daripada berkongsi video atau membuat kenyataan yang boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai, tanpa terlebih dahulu mengesahkan maklumat tersebut dengan pihak berwajib,” kata Kasim dalam satu kenyataan, di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan bahawa mereka telah menerima laporan daripada seorang guru yang menyangkal dakwaan yang dibuat dalam video tular itu.

Menurut laporan itu, kira-kira jam 6.30 pagi Rabu, guru itu dimaklumkan oleh orang awam mengenai seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dilaporkan terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah sekolah di Tebobon.

Setelah diperiksa, guru tersebut mendapati tiada sebarang kecederaan pada pelajar itu. Kasim berkata, polis meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …