DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Integriti JPJ Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Siri 3/2024 di Dewan Kenanga, JPJ Pulau Pinang. Seramai 65 orang terdiri daripada anggota, pegawai dan kakitangan JPJ Pulau Pinang telah mengangkat Ikrar yang telah disaksikan oleh 5 orang Pegawai dari SPRM Negeri Pulau Pinang. Antara pengisian Program tersebut Ceramah Rasuah, Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan oleh Tuan PP Mazlan bin Haja Maideen, Pegawai Penguasa SPRM Pulau Pinang serta Sesi Lafaz dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Azmi Bin Jaafar Timbalan Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang, Tuan Chin Chen Huat.
Kursus tersebut memfokuskan 3 objektif iaitu menyemai nilai-nilai integriti dan antirasuah dalam diri setiap warga kerja JPJ, meningkatkan kefahaman mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, impak rasuah dan langkah-langkah mencegah jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dan membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi serta membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



