PENDATAAN DIGITAL WARGA ASING SEDANG DILAKSANAKAN DI SABAH – KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aktiviti Pendataan Digital Warga Asing sedang dilaksanakan di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendataan itu dilaksanakan bagi merekod keberadaan warga asing di Sabah.

“Inisiatif pendataan digital ini sedang dijalankan dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) an Jabatan Imigresen bagi menyelesaikan permasalahan kepelbagaian dokumen di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis terhadap soalan lisan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO – Tuaran) pada Persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Dalam soalannya, Madius meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan halangan yang menyebabkan cadangan penyelesaian seperti disyorkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah belum dilaksanakan sehingga kini.

Saifuddin berkata, susulan daripada syor RCI mengenai pendatang asing di Sabah, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS).

“Penubuhan JKPWAS bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan isu berkaitan pendatang dan warga asing di Sabah.

“Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, antara isu yang sering dibangkitkan di Sabah adalah isu dokumentasi bagi orang yang tidak berdokumen serta penyeragaman dokumen masyarakat pelarian di Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …