PROGRAM BICARA EKSEKUTIF 2024: EKSPLORASI MINDA KESELAMATAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu julung kalinya telah mengadakan siri Bicara Eksekutif dengan pendekatan “explorace” keselamatan pada 24 Jun 2024 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini melibatkan jabatan dan agensi strategik MKN di samping rakan kolaborasi swasta iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PETRONAS. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang peranan MKN sebagai agensi peneraju dasar-dasar keselamatan negara disamping mewujudkan semangat berpasukan dikalangan peserta yang terlibat.

Program dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi ceramah keselamatan yang disampaikan oleh pegawai MKN Terengganu manakala sesi kedua ialah sesi explorasi di sekitar Peladang Setiu Agro Resort. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk menyertai acara eksplorasi bagi menguji mental dan fizikal mereka. Secara keseluruhannya semua peserta sangat teruja dan bersemangat untuk menghabiskan sesi explorasi ini walaupun terdapat kekangan fizikal dan cuaca yang panas.

Majlis penutup dan penyampaian cenderamata kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Pengarah MKN Negeri Terengganu,  Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad. Program ini mendapat input yang positif dikalangan peserta dan berharap agar ianya dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.

 

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut