IDEOLOGI BAHAYA DAESH MENENTANG PEMIMPIN KERAJAAN, ORANG KENAMAAN

Kuala Lumpur, 25 Jun 2024 – Tangkapan lapan warga tempatan yang disyaki terbabit dengan militan Daesh atau IS dibuat berdasarkan maklumat perisikan Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman.

Penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) juga adalah berdasarkan tindakan mencegah ancaman dan mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penangkapan yang dilakukan terhadap lapan individu termasuk dua wanita berusia antara 25 hingga 70 tahun itu dibuat dalam konteks pencegahan.

“Bukti yang diperoleh dalam tindakan ini adalah berdasarkan maklumat-maklumat perisikan dalam proses siasatan polis yang dikumpulkan oleh Bahagian E8, Cawangan Khas sejak sekian lama dahulu.

“Saya ingin sebutkan di sini bahawa berdasarkan siasatan dan perisikan yang dikumpulkan ini maka terbukti bahawa penyebaran ideologi yang boleh mengancam dan mengganggu-gugat keselamatan negara itu adalah objektif utama mereka (Daesh).

“Seterusnya selepas keputusan muktamad diputuskan antara Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia maka disyorkan untuk tangkapan dibuat terhadap mereka yang disyaki ini,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali ke-40 Tahun 2024 di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1263174/ideologi-bahaya-daesh-menentang-pemimpin-kerajaan-orang-kenamaan

Sumber: Berita Harian Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …