Terumbu karang di negara ini sedang mengalami isu kelunturan besar-besaran ‘mass coral bleaching’ akibat peningkatan suhu permukaan laut yang boleh memberi implikasi serius terhadap biodiversiti marin, perikanan terumbu karang dan pelancongan di Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan, perkara itu dikenal pasti melalui bantuan dan laporan diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, operator selam skuba dan penyelam skuba serta pemantauan kelunturan karang yang dijalankan NGO dan penyelidik tempatan.
Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia