TIPU PELABURAN CRYPTOCURRENCY TIDAK WUJUD

Melalui Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu telah menerima laporan polis di daerah Dungun berkenaan seorang lelaki telah menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga membawa kepada kerugian sebanyak RM 3.9 juta.

Mangsa telah menyertai satu kumpulan di aplikasi whatsapp iaitu “Stocks Win A6” untuk pasaran saham melalui iklan di Facebook mengenai stock market trading yang menggunakan Artificial Intellegence (AI). Mangsa telah diperkenalkan dengan cryptocurrency investment dan diminta untuk membuka akaun pelaburan dengan Baorui Exchange yang berpengkalan di US bermula dengan USD 1,500.00 dan perlu menambah deposit kepada USD 200,000.00 untuk memulakan transaksi urusan pelaburan.

Mangsa cuba untuk mengeluarkan USD 300,000.00 namun telah disekat dengan alasan mangsa telah menjadi VIP Bronze Exchange dan perlu membayar tambahan USD 200,000.00 untuk membuat pengeluaran. Sekiranya mangsa ingin menarik diri, mangsa akan dikenakan denda dan mangsa turut ditawarkan dengan keuntungan sekiranya membuat penambahan dana. Mangsa cuba membuat pengeluaran buat kali kedua dan dimaklumkan akaun dalam siasatan penggubahan wang haram oleh pihak berkuasa US dan perlu membuat bayaran USD 542,000.00 untuk mengelakkan akaun dibeku. Mangsa seterusnya membuat laporan polis siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan dalam masa singkat. sekiranya masih berminat, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti di web, www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Jabatan Pengangkutan …

KASTAM SABAH GAGALKAN CUBAAN SELUDUP SISIK TENGGILING BERNILAI RM1.3 JUTA

SIDANG MEDIA: Ahmad Taufik Ketika Mengadakan Sidang Media Mengenai Kes Cubaan Menyeludup 100 Kilogram (Kg) Sisik Tenggiling. SANDAKAN: Jabatan Kastam …

PROJEK SISTEM DIGITAL JPJ (REVAMP)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  esi Libat …