DUA BOT NELAYAN TANGKAP IKAN BERHAMPIRAN DARATAN DITAHAN

LAHAD DATU: Dua buah bot nelayan tempatan ditahan selepas menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan Timur Pelabuhan Kunak, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan kira-kira jam 10.24 pagi dan 10.40 pagi.

Katanya, kapal ronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Sejahtera mengesan dua buah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati lima lelaki terdiri empat warganegara dan seorang warga asing berusia 22 hingga 51 tahun berada di bot berkenaan.

“Kedua-dua bot nelayan terbabit didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.1 dan 1.2 batu nautika dari daratan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua kru, bot dan muatan hasil laut dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Lahad Datu.

“Bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut yang dianggarkan bernilai lebih 180,000 itu disita untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Mohd Firdos berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan ke atas kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat berhampiran daratan.

“Aktiviti menarik pukat pada jarak yang berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999,” katanya.

 #MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Sumber : Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …