TANAH RUNTUH DI GUNUNG KINABALU TIDAK JEJASKAN KAMPUNG BERHAMPIRAN

RANAU: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Gunung Kinabalu dekat Kampung Mesilau Kundasang di sini tidak menjejaskan kawasan kampung berhampiran.

Rakaman video kejadian terbabit tular di media sosial yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku di Gunung Kinabalu awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, selepas menerima rakaman video berkenaan, pasukan bomba segera menjalankan pemantauan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pemantauan segera dijalankan berhampiran tanah runtuh bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

“Menurut pegawai Taman-Taman Sabah yang bertanggungjawab menjaga di kawasan berkenaan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.20 pagi.

“Berikutan dari runtuhan tanah itu, berlaku kejadian banjir lumpur pada jam 5 pagi hari yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu jelasnya, kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu dan banjir kilat itu tidak menjejaskan kampung berhampiran.

Beliau berkata, tiada akses jalan raya untuk ke tempat runtuhan dan pemantauan dibuat hanya menggunakan dron sahaja.

“Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kejadian runtuhan ini tidak membabitkan kerosakan harta benda, namun anggota masih menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi kejadian,” jelasnya.

Kejadian banjir lumpur pernah direkodkan di kawasan berkenaan berlaku selepas kejadian gempa bumi berskala 5.9 skala richter di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.

Ia hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Sumber : Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …