CUBAAN SELUDUP MINUMAN KERAS GAGAL

CUBAAN SELUDUP MINUMAN KERAS GAGAL

Pasukan Polis Marin Wilayah Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras tanpa cukai dari Labuan petang semalam.
Menurut satu kenyataan, ia hasil tangkapan melibatkan seorang lelaki yang sedang memunggah barangan berbungkus plastik hitam ke kenderaan jenis pacuan empat roda di Jalan Kampung Tepi Laut Sikalong, Menumbok Sabah.
Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 75 karton minuman keras disyaki diseludup keluar dari Labuan.
Nilai rampasan lebih RM132,000 berupa kenderaan dan 1800 tin minuman keras.
Pemandu kenderaan berkenaan ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
Kes diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan.

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …