PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 2/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan Siri 2/2024 pada 14 Jun 2024 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengupas dan menerangkan kepada pelajar kesan buruk aktiviti dark side seterusnya menjadi langkah pencegahan untuk memastikan merekan menjauhkan diri daripada aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang ini.

Isu dark side merupakan satu aktiviti tidak sihat yang pernah hangat dibahaskan di dalam Sidang Parlimen apabila terdapat segelintir remaja atau anak muda menggunakan aplikasi media sosial untuk menjana pendapatan dengan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang seperti penjualan gambar lucah mereka dan menawarkan khidmat seks kepada kenalan di media sosial.

Program yang diadakan dalam bentuk forum ini telah mengundang ASP Mohd Nor Redhuan bin Hassan daripada Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Negeri Sembilan dan Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Digital Malaysia,Tuan Ahmad Faizal bin Zulkipli selaku ahli panel sementara Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Aisyah Hamdan bertindak sebagai moderator. Program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rembau, YBrs.Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …