KPDN SABAH TUMPASKAN KEGIATAN SELEWENG BARANG KAWALAN

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor, berhadapan SJK (C) Kuok Ming, Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau, hari ini.

Serbuan kira-kira jam 2.20 petang itu, pasukan penguat kuasa KPDN merampas 4,000 liter diesel dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, bertindak atas maklumat risikan selama seminggu, sepasukan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Sabah menjalankan serbuan di dalam stor terbabit sebelum menemui 4,000 liter diesel di dalam 18 unit drum berkapasiti
200 liter (sebanyak 2,000 liter).

“Barang kawalan berkenaan juga ditemui di dalam sebuah tangki trailer berkapasiti 20,000 liter (sebanyak 2,000 liter) yang disyaki diselewengkan.

Lori turut dirampas selepas disyaki menyeleweng minyak diesel.

Georgie berkata, pihaknya turut menyita beberapa barangan yang terbabit dalam aktiviti haram ini termasuk satu unit kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab dan tangki fiber yang diubah suai kapasiti 1,000 liter.

“Turut dirampas 18 unit drum kapasiti 200 liter, hos getah, dua unit mesin pam minyak, tangki treler dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM104,500.

“Berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan,” katanya.

Stor haram diserbu penguat kuasa KPDN Sabah selepas disyaki menjalankan aktiviti menyeleweng minyak diesel.

Menurutnya, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Katanya, mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, pihak syarikat yang disabitkan kesalahan pula boleh dihukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan terhadap semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini supaya tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut