KL DILANDA BANJIR KILAT

KUALA LUMPUR ,10 September 2020YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah turun padang bagi meninjau situasi banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Hujan lebat yang bermula sekitar jam 1.30 petang telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas termasuklah di kawasan Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Lorong Air Leleh (Setapak), Jalan Gurney serta Jalan San Ah Wing (Semarak).

Dalam pada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji punca berlakunya kejadian banjir kilat tersebut dan mencari kaedah penyelesaian pada masa akan datang, termasuklah akan meneliti keupayaan sistem pengairan dan mitigasi sedia ada.

 

Gambar : Ihsan daripada FB Kementerian Wilayah Persekutuan / WilayahKu

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut