Kunjungan Hormat CGSO Negeri Perak ke Pejabat PKN Perak

IPOH-Satu kunjungan hormat oleh YBrs. Kapten Addy Husszairi bin Husin selaku Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Perak ke Pejabat YBrs. Tuan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak telah berlangsung pada 10 September 2020. Diiringi bersama dua orang pegawai kanan, ini merupakan kunjungan pertama yang diadakan oleh Pengarah CGSO ke Pejabat MKN Negeri Perak.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama sedia ada yang terjalin sudah sejak sekian lama antara MKN Negeri Perak dan CGSO Perak disamping membincangkan dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan isu-isu keselamatan yang terdapat di sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan.

YBrs. Kapten Addy Husszairi bin Husin menandatangani buku kehadiran pelawat

Pertemuan mesra yang berlangsung selama dua jam ini dapat merumuskan bahawa:
i) YBrs. Pengarah CGSO telah menerangkan bahawa kepentingan agensi-agensi keselamatan terutamanya MKN serta CGSO dalam menggerakkan dan menunjukkan betapa peripentingnya peranan masing-masing sebagai pemacu sektor keselamatan negara, lebih-lebih lagi ketika dalam suasana wabak pandemik Covid-19 sedang melanda sekarang ini.
ii) YBrs. Tuan PKN juga mengambil peluang dengan menerangkan pentingnya peranan ahli jawatankuasa sasaran penting terhadap agensi-agensi lain ketika dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan didalam negeri, agar bilamana setiap keputusan yang dibuat dapat dipatuhi dan dihormati.
iii) YBrs. Pengarah CGSO serta YBrs. Tuan PKN bersetuju bahawa perlunya keseragaman antara semua agensi-agensi di peringkat negeri, agar tidak berkompromi dengan mana-mana perkara yang melibatkan isu-isu keselamatan.
iv) Satu mesyuarat kolaborasi bersama agensi-agensi keselamatan, pejabat tanah & daerah serta pihak berkuasa tempatan dijangka akan dianjurkan oleh pihak CGSO Perak bagi memberikan taklimat yang lebih jelas mengenai peranan serta tanggungjawab CGSO kepada jentera pentadbiran di negeri Perak sendiri.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …