OP SAMSENG JALANAN: EMPAT MOTOSIKAL DISITA, 175 SAMAN DIKELUARKAN DI SENAWANG

Empat buah motosikal disita manakala 175 saman dikeluarkan dalam pelaksanaan Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban di sekitar Senawang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Hatta Che Din, operasi bermula pukul 11 malam itu hasil risikan dan aduan orang awam itu tertumpu di beberapa kawasan dan dibantu Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dan Balai Polis Senawang.

Sebanyak 121 buah motosikal dan tiga buah kereta ditahan dan diperiksa, daripada jumlah itu seramai empat lelaki berumur antara 16 sehingga 20 tahun telah ditangkap atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan menunggang secara melulu dan berbahaya.

Dalam pemeriksaan sama, sebanyak 175 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan kesalahan melibatkan ubah suai ekzos. Empat motosikal juga telah disita. Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) dan 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Kosmo Online

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut