POLIS KK LANCAR BIT BERBASIKAL LUASKAN RONDAAN

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melancarkan Bit Berbasikal untuk meluaskan lagi jarak rondaan selain menunjukkan kehadiran anggota polis di lokasi tumpuan orang ramai dan pelancong.

Majlis pelancaran Bit Berbasikal IPD Kota Kinabalu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda di Perkarangan Balai Polis Tanjung Aru, semalam.

Kasim berkata, penugasan bit berbasikal ini membabitkan tiga zon di kawasan bandar raya ini yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.

Kasim bersama pegawai dan anggota polis merakam gambar selepas Majlis Pelancaran Bit Berbasikal IPD Kota Kinabalu di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

“Tujuan utama Bit Berbasikal IPD Kota Kinabalu adalah untuk meluaskan lagi jarak rondaan yang kita buat selain bit berjalan kaki… jadi kawasan lingkungan untuk bit berbasikal jaga lebih luas.

“Dengan bit berbasikal juga lebih nampak keterampilan polis dalam menunjukkan kehadiran polis di kawasan awam dan di kawasan pelancong terutama di Tanjung Aru sehingga Teluk Likas,” katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran berkenaan.

Hadir sama, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Khairulshah Peri.

Mengulas lanjut, Kasim berkata, penugasan bit berbasikal akan bermula pada setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

 

Kasim Muda ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bit Berbasikal IPD Kota Kinabalu di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

“Antara tempat yang ditetapkan untuk dibuat rondaan iaitu di sekitar Tanjung Aru, Imago, Jesselton Point, Jalan Gaya dan Teluk Likas serta tempat tumpuan pengunjung.

“Rondaan ini tertumpu pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Dengan cara ini menunjukkan kehadiran polis bersama-sama masyarakat bagi mencegah berlakunya jenayah.

“Disamping itu juga, kita (polis) boleh membantu masyarakat di dalam menyelesaikan beberapa masalah jika diperlukan,” katanya.

Menurutnya, bit berbasikal kemungkinan akan diperluaskan lagi dalam usaha mencegah jenayah selain pelancong dan orang awam akan rasa selesa serta keselamatan mereka lebih terjamin.

“Tanjung Aru menjadi perintis, Insya-Allah kita lihat reaksi masyarakat dahulu.

“Apa yang penting pelaksanaan bit berbasikal ini diharap dapat memudahkan orang awam dan pelancong berurusan dengan polis jika ada sebarang permasalahan,” katanya. ‘

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …