PENGGUNA PERLU SEDAR HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Orang ramai perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka bertindak sebagai pengguna bijak, tahu hak-hak pengguna dan mengetahui saluran aduan yang sepatutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman berkata terdapat lima saluran telah disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha menegakkan hak-hak pengguna di Malaysia.

Katanya, saluran itu meliputi Whatsapp, portal e-Aduan KPDN, Call Centre, Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC). Setiap aduan berkaitan kenaikan harga barang atau berkaitan bekalan akan diambil tindakan segera sekiranya aduan diberikan lengkap dengan premis yang terlibat. Oleh itu jangan teragak-agak untuk membuat aduan sekiranya peniaga membuat kesalahan untuk kepentingan bersama.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Cabaran Troli Pengguna sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu di Pasaraya PXR Wakaf Tapai semalam. Dalam program tersebut 48 peserta dari 16 agensi dan jabatan persekutuan telah memyertai pertandingan tersebut.

Menurut Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna Pentadbiran dan Kewangan, Alifah Noor Abidin, pemenang dikira berdasarkan perbelanjaan  optimum dan berjaya membeli berdasarkan soalan yang diberikan.

Tempat pertama telah dimenangi oleh wakil Jabatan Alam Sekitar yang membawa pulang RM1,000 beserta hamper, naib johan pula jatuh kepada wakil Politeknik Kuala Terengganu (RM700) manakala tempat ketiga dimenangi oleh wakil Majlis Keselamatan Negera Negeri Terengganu (RM500).

Kesemua johan, naib johan dan tempat ketiga akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di negeri Perak pada Julai ini.

Sumber: UPDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …