TENAGA SOLAR DIMALAYSIA – ANTARA CABARAN, MANFAATNYA SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF

Dalam era pembangunan teknologi yang baharu, semua teknologi serta perubahan inovasi baharu mampu membawa negara lebih selangkah ke hadapan daripada negara lain. Ianya merupakan satu lagi kelebihan apabila sumber kuasa yang sedia ada dapat digantikan dengan sesuatu teknologi. Terutama apabila ianya berkaitan dengan sumber kuasa yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Kemajuan teknologi kini telah berkembang pesat dalam memajukan sesebuah negara. Antara contoh teknologi yang semakin banyak kita gunakan di masa kini ialah, sistem teknologi tenaga solar yang semakin banyak digunakan di rumah-rumah serta bangunan-bangunan yang besar. Dalam usaha mencari sumber tenaga yang lebih lestari dan mesra alam, teknologi tenaga solar semakin mendapatkan populariti di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber tenaga seperti solar, tenaga hidro dan hidrokarbon seperti gas asli. Dalam dunia menuju ke arah pelepasan karbon sifar bersih, negara kini telah mencatat kemajuan untuk mencapai komitmen seawal 2050 dengan mempelbagaikan kepada tenaga hijau selain turut memperkenalkan beberapa dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai garis panduan kepada komitmen tersebut.

Tenaga solar ialah sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. Tenaga solar adalah cara terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan ianya boleh menghalang daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Bukan itu sahaja, tenaga boleh diperbaharui ini tidak melepaskan sebarang gas rumah hijau. Ia hanya memerlukan sumber air bersih untuk berfungsi. Oleh itu, ia selamat dan mesra alam. Namun, masih terdapat ramai orang terutama di Malaysia yang masih ragu-ragu dan masih mengatakan tentang mengapa tenaga suria adalah baik. Kita boleh mulakan langkah menjaga alam sekitar dengan memasang panel suria di atas bumbung rumah. Tambahan pula ianya adalah cara yang selamat dan mudah untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Kerajaan telah melancarkan program Kelestarian Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) 4.0 untuk meningkatkan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia. Hampir semua orang tertekan dengan bayaran bil elektrik setiap bulan, lebih-lebih lagi kini negara kita mengalami cuaca yang sangat panas sehingga meningkatkan penggunaan penyaman udara.

Selain bagus untuk alam sekitar, penggunaan tenaga solar juga dapat menjimatkan bil elektrik di rumah. Di Malaysia, pilihan untuk menggunakan tenaga solar mungkin keputusan yang bermanfaat. Hal ini kerana kedudukan negara di garisan khatulistiwa menyebabkan kita menerima sinaran matahari hampir sepanjang tahun.

Jika diamati, Malaysia mempunyai liputan awan yang ketara dan menyebabkan output tenaga solar yang tinggi. Namun, aspek tersebut memerlukan sokongan lanjut daripada sistem grid khususnya loji janakuasa tenaga konvensional bagi memastikan bekalan tenaga dapat disalurkan secara berterusan untuk kemudahan pelanggan.

Walaupun kadar kapasiti bagi loji janakuasa solar berkemungkinan lebih tinggi, ia hanya berupaya menyumbang sebanyak 17 peratus bagi memenuhi keperluan margin simpanan sistem manakala baki keperluan itu perlu disalurkan oleh pemasangan kemudahan loji janakuasa konvensional.

Hasrat kerajaan untuk memperkenalkan tenaga solar itu juga sememangnya disambut baik, namun pada masa sama perlu disertai dengan pelaksanaan secara sistematik bagi menjamin nilai maksimum kapasiti solar selain memastikan kebolehpercayaan dan keselamatan sistem terbabit.

Apa yang pasti, sebarang pendekatan berhati-hati oleh kerajaan dalam usaha ini adalah sesuatu yang dialu-alukan serta dilihat wajar demi memastikan keberkesanannya.

 

Pada masa depan, teknologi panel solar di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menyumbang kepada sumber tenaga negara, membantu mengurangkan impak perubahan iklim dan memperkukuhkan ekonomi negara.

 

Dalam sokongan daripada pihak kerajaan, sector swasta dan kesedaran masyarakat, penggunaan panel solar dapat ditingkatkan dan menyumbang kepada peralihan Malaysia ke arah kelestarian dan ketergantungan tenaga lestari.

Sumber: BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua …
Maklumat Lanjut

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DIPERLUAS KEPADA 5.4 JUTA PENERIMA BERMULA 1 APRIL 2025

Bermula 1 April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke …
Maklumat Lanjut

AIDILFITRI: 810,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut