TINJAUAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN TIM JKPKSP PERAK DI STESEN JANAELEKTRIK CHENDEROH

CHENDEROH, 8 September 2020 – Semalam, satu tinjauan dan pemeriksaan keselamatan telah dilakukan oleh Tim JKPKSP Perak ke Stesen Janaelektrik Chenderoh dan Kenering. Antara agensi yang terlibat di dalam tinjauan tersebut adalah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak, 2 Briged, Cawangan Khas IPK dan pihak Polis daripada IPD Kuala Kangsar.

Tujuan tinjauan adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai pengoperasian Stesen Janaelektrik dan kawalan keselamatan yang dilakukan di kawasan tersebut.  Pada masa yang sama, Tim JKPKSP turut meninjau struktur empangan terkini serta fungsi utamanya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, ekosistem, sungai dan hutan sekeliling.

Beberapa perkara telah dibincangkan di dalam tinjauan tersebut antaranya berkenaan isu pencerobohan orang awam terutama nelayan yang menjadikan kawasan tersebut untuk menangkap ikan dan isu permasalahan mengenai status pemilikan tanah di kawasan Stesen Janaelektrik yang perlu diberi perhatian serius.

 

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …