Mesyuarat JawatanKuasa Pusat Setempat Majlis Bandaraya Ipoh Bil.366/17/20

9 September 2020 – Bertempat di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Bandaraya Ipoh Bil. 366/17/20.  Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.  Objektif mesyuarat adalah bagi mendapatkan pandangan serta ulasan daripada beberapa agensi berkaitan mengenai kelulusan bagi pembinaan di sekitar Daerah Kinta di samping menyemak cadangan-cadangan kemajuan pembangunan melalui permohonan yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam mesyuarat tersebut turut dibincangkan isu-isu yang berkaitan pembangunan tanah bagi tujuan pembinaan lapangan terbang di Negeri Perak, isu pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan, isu kelewatan kelulusan bagi satu-satu projek pembinaan bagi tujuan renovasi atau penambahan struktur bangunan dan isu yang berkaitan kelulusan pembinaan dan pembangunan di atas tanah yang dimiliki oleh Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.  Turut dibangkitkan adalah isu mengenai kelulusan pengeluaran lesen arak yang perlu dibekukan buat sementara waktu.

Mesyuarat itu turut melibatkan beberapa agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Unit Perancangan Negeri Perak (UPEN), Malaysia Airport Berhad, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Jabatan Agama Islam Perak, Bomba, PDRM (Cawangan Khas), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri Perak dan beberapa agensi lain lagi.

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …