TIGA SUSPEK PECAH MASUK STESEN MINYAK DIBURU POLIS

KENINGAU: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah stesen minyak di Pekan Sook, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika stesen minyak berkenaan tidak beroperasi.

Difahamkan, akibat kejadian berkenaan, stesen minyak berkenaan mengalami kerugian lebih RM4,500 membabitkan kehilangan wang tunai, rokok jualan dan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada pengurus premis yang berusia 40 tahun.

Cermin stesen minyak yang pecah akibat dilastik sebelum dipecah masuk oleh suspek dalam kejadian di Pekan Sook, Keningau.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV, kes berkenaan melibatkan seramai tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Bezza.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah palsu dan didaftarkan atas kenderaan lain.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga suspek dirakam memakai jaket, berseluar panjang dan sarung tangan serta pelitup muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yampil berkata, siasatan lanjut mendapati, ketika kejadian, senjata yang digunapakai adalah lastik dan besi “kuku kambing”.

Suspek dipercayai menggunakan lastik pintu kaca sehingga pecah sebelum masuk ke dalam premis untuk mencuri.

“Salah seorang suspek melastik pintu kaca hadapan kedai sehingga pecah sebelum dua suspek masuk ke dalam kedai untuk mencuri.

“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk premis,” katanya

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …