APMM TAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN KERANA KESALAHAN IMIGRESEN

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama tekong dan tujuh awak-awak kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen, di sini, semalam.

Bot nelayan itu ditahan APMM Zon Maritim Sandakan di kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Pulau Berhala, kira-kira jam 6.40 petang.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, hasil pemeriksaan, tekong dan dua awak-awak warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Manakala katanya, lima lagi awak-awak berusia 18 hingga 34 tahun disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Semua suspek serta bot diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Suhairy turut mengingatkan supaya komuniti maritim sentiasa bekerjasama dengan pihak APMM dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut.

“Komuniti maritim boleh menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …