DBKK AKTIFKAN OPS TUNDA BAGI ATASI MASALAH KERETA TERBIAR

KOTA KINABALU (28 Mei): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengaktifkan Ops Tunda bagi menangani masalah kereta terbiar di sekitar bandaraya ini.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, operasi tunda itu akan dilaksanakan bagi mengalihkan dan mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan-kenderaan terbiar, usang yang sudah ditinggalkan di tempat awam.

Menurut kenyataan itu, ia termasuklah di kawasan tepi jalan raya, di bahu jalan serta di kawasan-kawasan perumahan mahupun kawasan komersil.

“Pemilik kenderaan yang ingkar dan gagal atau tidak memberi kerjasama akan berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Undang-undang Kecil (1) (Anti Sampah Sarap) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1984 (Pindaan 2005).

“Peraturan itu memperuntukkan tindakan penundaan kereta serta kompaun tidak melebihi RM500 bagi kesalahan yang berterusan/berulang, atau jika sabit kesalahan, pesalah sabitan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung oleh pemilik kenderaan.

“Sebagai rekod, sejumlah 1,038 notis kenderaan terbiar atau usang telah dikeluarkan sepanjang tahun 2020 sehingga kini, dan 83 buah kenderaan telah ditunda dalam tempoh yang sama, melalui Ops Tunda yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan, DBKK,” menurut kenyataan itu di sini.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut