SABAH TERUS LAKSANA PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN BANTU GOLONGAN NELAYAN

KOTA KINABALU (27 Mei): Sabah akan terus melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan Kumpulan Sasar bagi membantu golongan nelayan artisanal serta pengusaha kecil dan sederhana (PKS) perikanan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey berkata, program itu akan dilaksanakan melalui penyaluran dana kepada pelbagai agensi kerajaan termasuk Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan).

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri pada tahun ini melalui Ko-Nelayan telah menyalurkan dana berjumlah lebih RM1 juta untuk meningkatkan pelbagai projek.

“Antaranya seperti Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan, Program Latihan Pembangunan Nelayan, projek Pengembangan Ternakan Ikan Dalam Sangkar dan Projek Nelayan Digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penyerahan peralatan Program Pembangunan Nelayan Wilayah Pantai Barat 2024 di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, Kerajaan juga akan meneruskan pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan melalui Ko-Nelayan. Katanya, pemberian itu adalah bagi membolehkan nelayan dapat menikmati harga minyak yang murah berbanding pembelian minyak di stesyen minyak biasa.

“Ini sudah tentu akan meringankan beban nelayan yang menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup. Selain itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan dan memperluaskan sumber pendapatan nelayan dan keluarga nelayan melalui pelbagai bidang di keseluruhan rantaian perikanan.

“Ini termasuk aktiviti agro-pelancongan, akuakultur, pemprosesan makanan, peningkatan jaminan keselamatan makanan, daya saing pengeluaran dan peningkatan imej produk melalui penerapan nilai-nilai inovasi,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Kerajaan Negeri Sabah telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM39.7 juta kepada Ko- Nelayan bagi projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Katanya, dari jumlah peruntukan itu, sebanyak RM7.5 juta disalurkan khas untuk program peningkatan kesejahteraan nelayan dan pengusaha PKS perikanan termasuk program pembiayaan Ko-Nelayan.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …