GENG CURI HILUX TUMPAS

Polis menumpas geng curi Hilux berikutan penahanan tiga lelaki serta seorang wanita di Lembah Klang, Selasa lalu, dan berjaya merampas dua kenderaan pacuan empat roda (4WD). Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, kumpulan itu menggunakan alatan khas untuk menghidupkan kenderaan dicuri, selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban melancarkan Ops Lejang Khas Hilux di kawasan Cheras dan Sungai Buloh, Selangor, 21 Mei lalu. Pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 30 hingga 43 tahun yang disyaki terbabit dalam kes kecurian 4WD jenis Toyota Hilux di Negeri Sembilan.

Modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan 4WD Toyota Hilux yang diletakkan di kawasan taman perumahan dan menggunakan alatan khas untuk menghidupkan kenderaan. Pasukan serbuan berjaya merampas dua 4WD jenis Toyota Harrier dan Toyota Hilux yang disyaki dicuri. Barang lain yang turut dirampas adalah set peralatan elektronik yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan, pelbagai huruf serta nombor bagi tujuan pemalsuan nombor pendaftaran dan set peralatan tangan yang diubah suai.

Hasil tangkapan berjaya menyelesaikan lima kes kecurian kenderaan membabitkan dua di Negeri Sembilan, dua di Selangor dan satu di ibu negara membabitkan kerugian kira-kira RM750,000. Suspek direman empat hari sehingga 25 Mei. Semakan juga mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan 54 kes curi kenderaan, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan suspek yang masih bebas.

 

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut