SUNGAI TIMUN DICADANG JADI HAB PENGELUARAN UDANG GALAH

Kerajaan Negeri Sembilan bercadang menjadikan kawasan sepanjang Sungai Timun di sini sebagai hab pengeluaran udang galah di negeri ini menjelang tahun 2026. Menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias, tindakan ke arah itu perlu dilakukan dari sekarang khususnya oleh Jabatan Perikanan (DOF), terutama dalam memastikan pengeluaran undang galah di situ berterusan.

Seperti hari ini beliau telah melepaskan 64,000 benih dan dalam tempoh tujuh bulan lagi, benih-benih ini sudah dapat ‘dituai’ yang mana 60 ke 70 peratus daripadanya akan ada di kawasan sekitar, selain yang membiak. Jadi dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang, kita lepaskan benih lagi yang membolehkan pengeluaran udang galah di Sungai Timun ini tidak akan putus.  Dengan cara itu lokasi terbabit akan menjadi lokaliti untuk orang ramai termasuk pelancong bagi mendapatkan udang galah pada bila-bila masa. Pada masa sama, DOF diminta memastikan supaya semua penternak udang galah diberikan pendedahan dan ilmu berkenaan hidupan itu yang lebih spesifik. Ia bagi membantu penternak untuk mengeluarkan udang galah yang lebih berkualiti seperti mana di Thailand.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …