SISIPAN SEJARAH PADA 24 MEI 1919: PERJANJIAN INGGERIS – TERENGGANU 1919 DITANDATANGANI

Pada tarikh ini dalam tahun 1919, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu bagi pihak Kerajaan British dengan Baginda Sultan Terengganu, Sultan Muhammad Zainal Abidin. Perjanjian ini dimeterai bertujuan membatalkan Perkara Kedua dalam perjanjian yang telah ditandatangani pada 1910 iaitu Kerajaan Great Britain ingin meletakkan seorang Pegawai British di Terengganu sebagai seorang agen yang berfungsi sama seperti Pegawai Konsular. Antara perkara yang dipersetujui di bawah perjanjian kedua ini, Sultan Terengganu akan menerima seorang Pegawai British sebagai Penasihat dalam hal-hal negeri kecuali yang berkaitan dengan Agama Islam. Ekoran perjanjian ini, J.L. Humphreys telah dilantik sebagai penasihat British yang pertama di Terengganu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …