SISIPAN SEJARAH PADA 23 MEI 1997: ANAK MALAYSIA PERTAMA TAWAN GUNUNG EVEREST

Pada hari ini dalam tahun 1997, dua rakyat Malaysia mencatat nama sebagai pendaki pertama dari Negara ini yang berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest di Nepal. M. Magendran tiba di puncak gunung tertinggi dunia itu pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) diikuti N. Mohandas 15 minit kemudian. Jalur Gemilang berkibar megah di puncak dunia setinggi 8,850 meter atau 29,029 kaki dari paras laut. Selain menempa nama di arena tempatan, Magendran dan Mohandas turut menjadi lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya menakluk puncak tertinggi berkenaan. Slogan ‘Malaysia Boleh’ menjadi ungkapan keramat yang memberi semangat kepada pendaki-pendaki ini untuk keluar dari kepompong ketakutan sehingga mencapai kejayaan yang amat bermakna ini. Selain Magendran dan Mohandas, ekspedisi tersebut turut disertai lapan lagi pendaki Malaysia menerusi Projek Malaysia-Everest ’97 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kejayaan yang dilakar kedua-dua pendaki ini menjadi pencetus semangat kepada beberapa ekspedisi mendaki Gunung Everest yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …