LELAKI DITAHAN SELEPAS TEMBAK PEKERJA PEMBERSIHAN GUNA SENJATA TIRUAN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menembak pekerja pembersihan menggunakan senapang tiruan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah taman perumahan di Luyang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan menembak mangsa berusia 23 tahun yang sedang berehat bersama rakan di luar perkarangan rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya sedang berehat daripada kerja momotong rumput.

Katanya, mangsa tiba-tiba mendakwa berasa sakit di bahagian lengan kanan dan berlaku pendarahan.

“Mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran bising dengan mesin rumput.

“Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan luka di lengan dan badan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bila kerambit buatan sendiri di bilik suspek.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber:  Info X

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …