DUA TERMASUK PENJAWAT AWAM DISYAKI BUAT TUNTUTAN PALSU DITAHAN

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir mantan palsu bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan di negeri ini bernilai kira-kira RM10,000, sedangkan pembelian berkenaan tidak dilaksanakan.

Kedua-dua suspek wanita dan lelaki berusia lingkungan 40 dan 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Disember 2018.

“Individu wanita dipercayai pemilik syarikat mengemukakan tuntutan palsu melalui invois-invois dan diperakui penerimaan oleh pegawai di institusi pendidikan berkenaan,” katanya, hari ini.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

“Esok suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber:  Info X

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …