SULTAN MIZAN MENCEMAR DULI MERASMIKAN WISMA AUDIT

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Mizan Abidin merasmikan Wisma Audit Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Sementara itu Dr Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, pembangunan bandar Bukit Besar sebahagian daripada pelan pembangunan bandar baharu, yang membabitkan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Kerajaan negeri menyediakan tapak kira-kira 556 hektar bagi membolehkan pelbagai projek pembangunan termasuk perumahan, komersial dan kemudahan awam dilaksanakan. Setakat ini tiga projek pembangunan sudah siap dilaksanakan iaitu bangunan Jabatan Kimia Malaysia, Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit.

Wisma Audit bernilai kira-kira RM20.24 juta satu perkembangan penting dalam memperkasa peranan audit dalam tatakelola dan pengurusan kewangan kerajaan dan agensinya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …