APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM

19 MEI 2024 – Hampir sejam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengejar dua kapal nelayan asing Vetnam yang menceroboh perairan Terengganu, malam Khamis lalu sebelum berjaya menahannya di kedudukan 155 batu nautika timur muara Kuala Terengganu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar berkata, kedua-dua bot berkenaan berjaya ditunda ke pejabat Maritim Negeri Terengganu dan tiba sekitar jam 10.00 pagi semalam.

Menurutnya, pada kejadian tersebut KM Pekan yang meronda dalam siri Op Naga Barat, berjaya menahan 12 awak-awak termasuk tekong warganegara Vietnam yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka adalah dalam lingkungan usia 19- 50 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963. Berdasarkan penilaian, rampasan keseluruhan termasuk kedua-dua bot, hasil laut, peralatan dan diesel dianggarkan bernilai RM3 juta.

Sebagai makluman untuk tahun ini, ini adalah tangkapan ke-10 membabitkan pencerobohan nelayan asing oleh Maritim Negeri Terengganu dengan anggaran rampasan bernilai RM10 juta.

Musim sotong yang bermula April hingga Ogos turut menarik minat nelayan asing dengan peningkatan kes pencerobohan direkodkan berbanding bulan-bulan lain. Oleh itu, menurutnya Maritim Negeri Terengganu akan terus meningkatkan operasi bagi membanteras kemasukan bot-bot nelayan asing di perairan negara khususnya Terengganu.

Sumber dan foto: UPDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …