BOLEH MOHON LESEN BURU BUAYA SEPANJANG TAHUN

KOTA KINABALU (14 Mei): Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) membuka permohonan lesen untuk memburu buaya sepanjang tahun dalam usaha mengimbangi populasi hidupan liar itu di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew, bagaimanapun berkata maklum balas terhadap perkara itu setakat ini masih pada tahap minimum.

Katanya, pemburuan buaya dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan konflik manusia buaya, selain mewujudkan industri berasaskan hidupan liar itu.

“Ini adalah satu cara untuk menjamin kelestarian industri buaya di Sabah. Bagaimanapun, maklum balas dari segi permohonan lesen masih pada tahap yang minimum ketika ini,” katanya dalam ucapan penutupan Bengkel Mengurus Konflik Manusia – Buaya di Sabah anjuran JHL, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Mary Malangking.

Bengkel dua hari itu yang dihadiri lebih 100 peserta antara lain membincangkan isu keselematan manusia, kehidupan dan pemeliharaan buaya serta hubungan harmoni di antara manusia dan buaya di Sabah.

Christina berkata, beliau percaya dengan memanfaatkan sumber semulajadi secara mapan, ia boleh mewujudkan peluang yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Saya berharap pendekatan ini bukan saja mengurangkan konflik (manusia-buaya) tetapi juga membuka pintu kepada peluang baharu seperti pelancongan dan pengeluaran barangan mewah sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi tempatan.

“Sehubungan itu, pada masa depan, buaya tidak akan digeruni tetapi sebaliknya dihargai oleh masyarakat,” katanya.

Katanya, tujuan utama usaha itu adalah untuk mengurangkan ketakutan rakyat negeri ini terhadap buaya sambil memastikan pemeliharaan hidupan liar itu di habitat semulajadinya.

Beliau berkata, buaya ditakuti sebagai satu ancaman kepada nyawa manusia dan kehidupan sejak sekian lama, namun masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam mengekalkan kesihatan ekosistem sebagai sumber berpotensi untuk meningkatkan kehidupan komuniti setempat.

“Jelas bahawa ada jurang yang ketara dalam pemahaman masyarakat kita terhadap peningkatan konflik di antara manusia dan buaya.

“Sehubungan itu, perlu ada tindakan dan landasan untuk merapatkan jurang berkenaan, selain mendidik dan meningkatkan kesedaran,” katanya.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut