REMAJA PEREMPUAN RENTUNG KEBAKARAN DI RANAU

RANAU (14 Mei): Seorang remaja perempuan rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Lasing sekitar pukul 1.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menerima panggilan kecemasan 1.36 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang musnah terbakar sepenuhnya.

“Seramai lapan orang anggota bomba daripada BBP Ranau bergegas ke lokasi diketuai oleh PBK II Becket Gumat.

“Operasi memadam api tamat pukul 4.26 pagi dan pihak bomba menemukan seorang remaja perempuan yang rentung berusia 15 tahun,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …