INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata
Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata.

2. Tulang dan Gigi
Kandung mineral seperti fosfor dan kalium dalam cempedak mampu merawat dan mencegah dari diserang penyakit tulang dan gigi.

3. Lancarkan Sistem Pencernaan
Kandungan vitamin C pada buah cempedak bagus untuk lancarkan sistem pencernaan. Makna kata senang ler membuang.

4. Tingkatkan Sistem Imun/Kekebalan tubuh
Bila sistem tubuh lemah, kita lebih mudah diserang penyakit.
Diperkaya dengan sebatian bioflavonoid yang bersifat anticosidan. Ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjauhkan serangan radikal bebas. Dipercayai sebatian bioflavonoid dalam cempedak ini mampu merawat penyakit malaria.

5. Turunkan Kolesterol
Tahap kolesterol jahat (LDL) yang tinggi dalam tubuh boleh menjadi punca penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa seperti strok dan jantung.

Selain kita kena kurangkan pengambilan makanan yang mengandung kolesterol tinggi, kita juga dapat kawal kolesterol ni, dengan makan buah cempedak. Vitamin C dalam buah cempedak berperanan penting dalam mengurangkan kadar LDL, dan sebaliknya meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

6. Anti Kemurungan / stress
Stress berpunca dari pelbagai faktor, yang akhirnya akan meningkat hingga terjadi kemurungan. Salah satu cara hilangkan tekanan atau kemurungan adalah dengan ambil makanan yang mengandung zat antidepresion. Buah cempedak ni adalah salah satu darinya.

Kandungan zat antidepresion dalam bentuk protein dalam buah cempedak dikatakan berkesan untuk memberikan kesan santai pada tubuh sehingga tekanan dan kemurungan dapat dikendalikan.

7. Kesihatan dan kecantikan kulit
Pengambilan buah cempedak secara berkala diyakini berkesan tuk elakkan munculnya kedutan dan bintik hitam pada kulit wajah. Bukan hanya itu, buah cempedak juga berkesan untuk atasi masalah kulit kering, dan hilangkan jerawat.

Untuk dapatkan khasiat buah cempedak untuk kulit ini, kita boleh ambil cempedak secara terus, atau jadikan ia sebagai masker muka. Sungguh pun begitu, pengambilan buah cempedak secara berlebihan dapat meningkatkan pengeluaran gas di dalam perut dan mengakibatkan gejala gastrik, ulser peptik, dan refluks asid (GERD).

Jadinya, bagi sesiapa yang ada masalah perut, janganlah lupa diri. Makan tu, kena lah beringat, berpada pada

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut