LAMPIRAN A ‘JANGAN SEBAR MAKLUMAT TIDAK PASTI’ – POLIS TAWAU

TAWAU (12 Mei): Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan sesuatu maklumat yang tidak pasti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mereka seharusnya memeriksa terlebih dahulu maklumat yang diterima sebelum bertindak menyebarkannya, khususnya menerusi media sosial.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian rompakan yang tular kononnya berlaku di PPR Batu 8, Jalan Apas, di sini.

Maklumat tersebut kononnya diperoleh daripada ‘Group Batu 8’ dan meminta orang ramai berhati-hati kerana Batu 8 kini ada peragut.

Jasmin mengesahkan tiada sebarang kejadian rompakan yang dilaporkan di daerah ini, sebaliknya kes tersebut dilaporkan berlaku di Sandakan.

“Kes ini (ragut) memang berlaku tetapi di Jalan Lintas Sibuga, Sandakan dan bukannya berlaku di PPR Batu 8 Tawau seperti yang dihebahkan dalam media sosial,” tegasnya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut