LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya disebabkan binatang ternakan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, ia selaras dengan keputusan dalam mesyuarat bersama PBT di negeri ini pada awal tahun ini berhubung isu lembu berkeliaran tanpa pengawasan. Sepanjang empat bulan ini sebanyak lapan ekor lembu telah ditangkap di Senawang Perdana, Rasah Jaya dan Laman Sendayan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Pemiliknya diberi masa tujuh hari untuk menuntut balik binatang ternakan mereka dengan bayaran RM2,000 untuk setiap ekor. Jika tidak dituntut lembu itu akan dilelong.

Susulan tindakan ini, tiada lagi binatang ternakan tersebut berkeliaran di kawasan berkenaan. Tindakan tangkapan ini bukan untuk menghukum penternak, tetapi sebagai satu pengajaran dan mendidik supaya tidak melepaskan lembu di merata tempat.

Pihak PBT mengguna pakai peruntukan ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing PBT dan UUK Kawalan Lembu-Kerbau PBT untuk menguruskan isu binatang terbiar serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Dasar Pemandulan Anjing Berlesen Dan Anjing Terbiar sebagai langkah kawalan populasi anjing di Negeri Sembilan untuk digunapakai PBT.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …