POTENSI LIMAU BALI DI SABAH PERLU TERUS DITEROKAI PETANI

KOTA KINABALU (9 Mei): Sabah berjaya merekodkan jumlah pengeluaran limau bali (pamelo) sebanyak 134,000 kilogram (kg) dengan nilai RM527,000 pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jumlah yang direkodkan sehingga 7 Mei lalu itu secara tidak langsung mencerminkan potensi dalam pertanian limau bali untuk diterokai oleh para petani di negeri ini.

“Sabah merupakan salah satu daripada pengeluar limau bali utama di Malaysia selain dari negeri Perak. Pada tahun lalu, industri limau bali (pamelo) di negeri ini mencatatkan hasil sebanyak 268,000 kg bersamaan dengan RM966,000.

“Justeru saya berpendapat bahawa satu standard atau piawaian dalam kalangan petani dan pengeluar limau bali tempatan harus diwujudkan selaras dengan konsep PINTAR yang menjadi hala tuju kementerian pada tahun ini. Ini adalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini dalam pengeluaran serta pengeksportan buah limau bali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Amalan Pemasaran Baik, Standard Dan Kualiti Buah Limau Bali di sini hari ini.

Program itu dianjurkan bersama FAMA Sabah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah; Bahagian Kawalan Racun & Perosak Baja, Jabatan Pertanian Malaysia serta MARDI Sabah.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …