DUA LELAKI ADA 33 REKOD JENAYAH DISYAKI PECAH KEDAI RUNCIT DIBERKAS

TAWAU (8 Mei): Dua lelaki termasuk seorang yang mempunyai 33 rekod jenayah ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai runcit di kawasan Balung, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun iaitu pemilik kedai berkenaan pada jam 10.35 pagi, 26 April lalu.

Mengikut laporan berkenaan, katanya, mangsa mendapati pintu kedainya terbuka disyaki dilakukan oleh pencuri dan beberapa barang miliknya termasuk wang tunai telah hilang.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melakukan operasi.

“Hasil operasi berkenaan berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dipercayai suspek kes, di kawasan Jalan Tanjung Batu, di sini. Seorang lagi suspek berusia 19 tahun ditahan di kawasan Hilltop, Jalan Utara dan merampas sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek mempunyai 33 rekod jenayah lampau mengikut Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Kedua-dua suspek terbabit dibawa ke Majistret Tawau untuk permohonan tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jasmin berkata, pihaknya sedang mempergiatkan usaha membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari semasa ke semasa dengan operasi yang lebih agresif.

“Masyarakat diseru menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah di daerah ini termasuk dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan warga kampung yang disyaki menyalahi undang-undang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …