JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata, data terbaru menunjukkan jumlah miskin tegar setakat Mei ini ialah 4,158 keluarga.

Jumlah berkenaan berkurangan berbanding statistik asal pada Januari tahun ini sebanyak 7,426 keluarga. Pengurangan jumlah kumpulan miskin tegar ini adalah satu kejayaan pelbagai agensi yang sama-sama berusaha membantu mereka keluar daripada kumpulan miskin tegar. Hasrat kerajaan sendiri mahu memastikan sasaran sifar miskin tegar dapat dicapai melalui pelbagai peruntukan, bantuan modal bantuan fizikal serta ilmu pengetahuan kepada peserta.

Sementara itu, Program Kasih Prihatin telah diadakan di Besut pada hari ini adalah yang kelima dan selepas ini akan dilaksanakan di Setiu, Kemaman serta Hulu Terengganu. Pada program ini selain Pejabat Pembangunan Persekutuan turut disertai beberapa agensi lain antaranya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta lain-lain agensi.

Peserta miskin tegar terutamanya eKasih, miskin dan golongan B40 perlu mengambil peluang untuk datang bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan yang boleh dipohon. Program ini dapat meningkatkan kesedaran peserta supaya berusaha sendiri untuk memajukan diri kerana peluang serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan sasar sangat banyak.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …