GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI JUGA AKAN DINAIKKAN – KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri akan mengikut langkah kerajaan persekutuan untuk menaikkan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kadar kenaikan yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan peratusan yang ditetapkan kerajaan persekutuan.

Katanya, soal kenaikan gaji sememangnya ditunggu-tunggu penjawat awam dan cadangan mengenai perkara itu sudah dikemukakan kerajaan persekutuan.

“Ini yang juga kita tunggu-tunggu ini. Kerajaan persektuan sudah mencadang untuk menaikkan gaji penjawat awam persekutuan yang akan diumumkan nanti oleh Perdana Menteri, mungkin semasa Belanjawan Negara.

“Kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam negeri Sabah, jangan bimbang,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Hajiji bagaimanapun berkata, kerajaan negeri menunggu pengumuman rasmi kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam negeri.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember depan, iaitu yang tertinggi pernah dibuat kerajaan.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut