EMPAT SEKELUARGA DIPINDAHKAN AKIBAT BANJIR

TAWAU (5 Mei): Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka di Kampung Ranggu dilanda banjir pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.54 pagi. Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemantauan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah telah dinaiki air banjir dan meminta untuk dipindahkan.

“Pasukan bomba bertindak segera memindahkan penghuni rumah berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Menurutnya, operasi memindahkan semua mangsa terbabit ke tempat selamat berjaya diselesaikan pada jam 10.38 pagi.

“Setakat ini, pasukan bomba masih menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan dan akan memindahkan mangsa banjir yang lain sekiranya terdapat keperluan,” katanya.

Terdahulu, hujan lebat yang melanda daerah ini seawal kira-kira jam 6 pagi mengakibatkan banyak kawasan yang dinaiki air banjir. Kawasan-kawasan banjir seperti Kampung Rawa-Rawa Batu 4 Jalan Apas dan Batu 2 Jalan Apas turut dinaiki air banjir, namun belum ada operasi memindahkan mangsa dijalankan.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …