PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan pelancongan yang mereka usahakan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penglibatan pelabur penting kerana mereka boleh memberikan modal untuk meningkatkan prestasi sesebuah kawasan pelancongan.

Katanya, kebanyakan pemain pelancongan mempunyai pelbagai kekangan termasuklah kewangan, kemahiran, teknologi dan kepakaran untuk memajukan tempat pelancongan mereka.

“Pemain industri ini perlu mempunyai perancangan untuk meningkatkan kualiti dan memajukan kawasan pelancongan mereka supaya boleh menarik kehadiran pelawat. Justeru, pemain industri perlu mencari pelabur-pelabur supaya bersama-sama merealisasikan semua perancangan untuk memajukan kawasan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise, di sini, semalam. Katanya, pemain pelancongan yang ada di daerah ini diminta supaya memaklumkan secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkaitan pengoperasian mereka.

“Ini kerana MPT boleh membantu untuk memperkenalkan kawasan pelancongan mereka kepada pelancong terutamanya yang datang dari luar negeri.

“Selain itu, pemain industri juga disaran supaya berdaftar dengan Lembaga Pelancongan Sabah kerana banyak geran bantuan yang ditawarkan bagi membantu usahawan pelancongan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Nizam menzahirkan penghargaan kepada pemilik Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise kerana berjaya mengubah tanah lima ekar miliknya menjadi tempat pelancongan baharu di daerah ini. Menurutnya, sebagai pemimpin sememangnya sangat menyokong dan mendokong usaha sebegini kerana ia dapat membantu menaikkan nama daerah ini terutamanya di kawasan apas.

“Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise termasuklah taman tema air, memancing, berkhemah, bola sepak pantai dan banyak lagi.

“Saya berharap usaha ini mampu menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara pada masa akan datang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut