ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera Sabah, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai lebih RM120,000 dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, serbuan tersebut dijalankan pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan kemudiannya mereka bertindak cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

“Pemeriksaan lanjut polis di rumah suspek, kita menemukan sebuah beg mengandungi bungkusan plastik dipercayai didalamnya bungkusan berwarna keemasan bertulis Freeso-Dried Durien mengandungi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah anggaran berat kasar dadah tersebut seberat 2,016.92 gram manakala kesemua suspek telah ditahan dengan barangan kes dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang medianya di sini hari ini.

Jasmin berkata, kesemua suspek ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dengan lima daripadanya merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi rakyat tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …